oleh

Hikmah Puasa Hari Lahir Untuk Nembuka Hijab Dari Segala Kesulitan

Oleh: Gus Kandias Sirull Ghuyub (085724758709)

بِسۡـــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡــــــــــــــــمِ

PUASA adalah urusan rahasia kita dengan Allah dan puasa itu sendiri adalah ibadat yang penuh dengan rahsia. Berpuasa adalah satu jalan untuk menyampaikan suatu hajat khusus kita kepada Allah, kerana hanya dengan berpuasa nafsu akan tunduk dan tidak campur tangan di dalam munajat kita kepada Allah. Apa yang ingin saya khususkan di sini ialah berkenaan dengan “Puasa Hari Lahir”. Nabi Muhammad pernah ditanya mengapa baginda suka berpuasa sunat pada hari Isnin, baginda menjawab – “Hari itu aku di lahirkan dan pada hari itu juga wahyu (pertama) di turunkan kepadaku.” (HR Muslim)

Ini adalah dalil amalan puasa sunat pada hari kita dilahirkan. Takrif hari kita dilahirkan ialah samada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat atau Sabtu. Saya mendapat ijazah untuk melaksanakan puasa hari lahir ini dari seorang Ulama besar yg tida bisa saya sebutkan namanya. Saya melaksanakan ini untuk beberapa tujuan duniawi. Alhamdulillah sangat mustajab dan segala masalah termasuk hutang piutang saya selesai.

Saya mengijazahkan kepada isteri saya ketika salah seorang anak kami sakit. Sebagai seorang ibu, isteri saya pun melaksanakan hari lahir untuk anak kami dan alhamdulillah anak kami sembuh dan kini sedang meningkat dewasa.

Pernah seorang rakan saya seorang kontraktor mengalami masalah kemerosotan perniagaan, saya mengijazahkan puasa hari lahir untuk beliau amalkan. Alhamdulillah, sebulan kemudian beliau mendapat banyak kontrak yang bernilai jutaan ringgit dari beberapa agensi kerajaan.

Isteri sahabat saya pernah menelefon saya mengadu hal suaminya yang kaki perempuan dan banyak menghabiskan duit untuk perempuan simpanannya. Saya mengijazahkan puasa hari lahir dan beliau berpuasa pada hari lahir suaminya. Alhamdulillah, sebulan selepas selesai, suaminya bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarga.

Satu kesan aneh ialah anak seorang rakan saya menghidap penyakit leukemia. Doktor sudah menganggarkan bahawa kanak-kanak ini cuma boleh hidup tidak lebih dari 3 bulan sahaja. Apabila saya mendapat tahu, saya mengijazahkan kepada ibu kanak-kanak tersebut untuk mengamalkan puasa hari lahir anaknya. Alhamdulillah, anak tersebut sembuh dan ramalan doktor tersebut meleset.

Seorang sepupu saya yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak, masih belum ada pekerjaan tetap. Suatu hari dia mengadu hal dan saya mengijazahkan puasa hari lahir untuk beliau amalkan. Alhamdulillah, beberapa hari selepas selesai beliau mendapat panggilan temuduga dan diterima bertugas dengan sebuah agensi kerajaan.

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini, sungguh sudah tertulis suratan perjanjian hidupnya di Kitab Induk. Apabila suratan perjanjian itu berlaku, maka suratan itu menjadi takdir/ketentuan yang tidak boleh diubah lagi. Selagi suratan perjanjian itu belum berlaku, maka kita dibenarkan untuk memohon kepada Allah agar suratan yang buruk ditukar menjadi baik atau boleh juga memohon agar suratan perjanjian yang baik ditukar menjadi yang lebih baik bahkan yang terbaik. Sebagai contoh ialah penyakit bersebab dan penyakit suratan perjanjian.

Penyakit bersebab boleh diubati secara moden ataupun tradisional manakala penyakit suratan perjanjian hanya boleh diubati dengan jalan doa memohon perubahan suratan perjanjian yang kita persetujui sebelum lahir ke dunia ini. Begitu juga soal rezeki, jodoh, zuriat, dan lain-lain yang berhubung dengan suratan perjanjian – takdir ketentuan, maka Puasa Hari Lahir adalah penyelesaian khusus untuk sesuatu maksud/doa yang sedemikian sampai kepada Allah tanpa campurtangan nafsu mahupun syaitan yang sentiasa menimbulkan syak dan was-was. Semoga mendapat limpah perkenan Allah.

KAEFIYAT PUASA HARI LAHIR.

Pada malam sebelum hari berpuasa, laksanakan mandi sunat taubat dan mengambil wuduk yang sempurna. Kemudian dirikan solat sunat taubat dan solat sunat syukur 2 rakaat masing-masing. Akhir sekali pasanglah niat di dalam hati “Niat aku berpuasa membeli hari lahir ku kerana Allah Ta’ala”.

Puasa hendaklah dilakukan pada hari kelahiran masing-masing dengan jumlah kiraan yang telah ditetapkan oleh para Aoliya terdahulu seperti di bawah ini –

Ahad – Bagi yang lahir pada hari Ahad, laksanakan 5 kali pada setiap hari Ahad.

Isnin – Bagi yang lahir pada hari Isnin, laksanakan 4 kali pada setiap hari Isnin.

Selasa – Bagi yang lahir pada hari Selasa, laksanakan 3 kali pada setiap hari Selasa.

Rabu – Bagi yang lahir pada hari Rabu, laksanakan 7 kali pada setiap hari Rabu.

Khamis – Bagi yang lahir pada hari Khamis, laksanakan 8 kali pada setiap hari Khamis.

Jumaat – Bagi yang lahir pada hari Jumaat, laksanakan 6 kali pada setiap hari Jumaat.

Sabtu – Bagi yang lahir pada hari Sabtu, laksanakan 9 kali pada setiap hari Sabtu.

NIAT PUASA :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِقَضَاءِ حَاجَتِی سُنَةً لِلّٰهِ تَعَالَی

Nawaetu saoma ghohodin liqodoo’i hajatii sunatan lilahi ta’alaa

Artinya : Aku Berniat Puasa agar terlaksan a hajatku, sunat karena Alloh ta’alaa

Pada separuh malam pula, dirikan solat hajat dan kemukakan apa yang dihajati kepada Allah. Teruskan sehingga sempurna jumlah mengikut hari yang ditetapkan tadi.

Apabila sudah siap jumlah hari berpuasa sebagaimana di atas diikuti solat hajat, maka sempurnakanlah fitrah diri anda dengan mewakafkan naskah Al-Quran atau surat Yasin ke masjid atau surau dengan niat kerana Allah Ta’ala. Jumlah naskah adalah mengikut jumlah yang telah anda laksanakan.

Bagi para Muslimah yang mungkin berlaku keuzuran, sesungguhnya ini boleh dilakukan tanpa berturut-turut. Sebagai contoh sekiranya anda lahir pada hari Selasa, maka anda perlu menyiapkan 3 kali pada setiap hari Selasa sahaja. Jika anda sudah menyiapkan 2 kali tiba-tiba anda uzur pada hari Selasa seterusnya maka anda boleh menggantikannya pada Selasa yang akan datang. Yang penting ialah mencukupkan 3 kali pada hari Selasa.

Puasa ini boleh juga dilakukan oleh anak-anak kepada ibubapanya, ibubapa kepada anak-anaknya, suami kepada isterinya atau isteri kepada suaminya dan boleh dilakukan secara bergotong royong.

Setelah selesai berpuasa maka bersabarlah. InsyaAllah pertolongan Allah akan tiba.

Sekian wabillahi’taufiq wal’hidayah.

Ijazah umum : “Dengan lafaz Bismillahir’ rahmanir’ rahim, saya mengijazahkan ilmu ini secara umum kepada sesiapa yang ingin mensyariatkannya kerana Allah Ta’ala.”

Penerima ijazah cukup dengan menjawab “Saya terima kerana Allah Ta’ala.” (QOBILTU IJAZATAKA)

NB : Insa alloh di lain kesempatan kita bahahas lagi disini Rahasiah ilmu hikmah yg lain, Semoga alloh memberikan taufiq dan Hidayahnya untuk kita semua. Amin

MU’IZ : Gus Kandias Sirull Ghuyub

Salam Raja Tanpa Mahkota, Hidup Sosial Akan Jadi Sepesial. Barokallohu Fikum Wa Umurikum

؞اَللّٰهُّمَ صَلِ عَلٰی سَیِدِنَا مُحَمَدٍ صَلاَةً تُنۡجِیۡنَا بِهَا مِنۡ جَمِیۡعِ اۡلاَهۡوَالِ وَاۡلاَفَاتِ وَتَقۡضِی لَنَابِهَا بِهَامِنۡ جَمِیۡعِ اۡلحَجَاتِ وَتُطَهِرُنَا بِهَا مِنۡ جَمِیۡعِ السَّیِأَتِ وَتَرۡفَعُنَا بِهَا عِنۡدَكَ اَعۡلٰی الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِغُنَا بِهَا اَقۡصٰی اۡلغَایَاتِ مِنۡ جَمِیۡعِ اۡلخَیۡرَاتِ فِی اۡلحَیَاتِ وَبَعۡدَ اۡلمَمَاتِ،،بِرَحۡمَتِكَ یَا اَرۡحَمَ الرَّحِیۡمِیۡنَ؞

Komentar