oleh

Kelebihan dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

Oleh: Ustadz Muhammad Rivai (Spiritualis Islami dan Alhikmah)

AYAT 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

HIKMAH AYAT 1000 DINAR.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:

1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.

2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.

3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.

4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.

5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

6. Usaha perdagangan nya semakin maju dan lancar

7. Selalu beruntung,laris dan banyak pelanggan

8. Diberi kecukupan dan keberkahan

9. Diberi keselamatan dan kesuksesan, dan ketentraman dalam keluarganya

SEJARAH DINAMAKAN 1000 DINAR

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar.

Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan  pedagang ituayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang kesuatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikit pun.

Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surahat-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezekiyang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.

PENDAPAT ULAMA’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar.

Para ulama’menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap

tindak tanduk dan perbuatan. Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hamba Nya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maksud sudah tentu Allah lah tempat penentu kesudahan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong & menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

AMALAN

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini dipremis perniagaan mereka, denganharapan perniagaanbertambah maju. Walau bagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayatini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah.

Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doayang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.

Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.

Cara mengamalkan nya*:

Setiap hari di baca 1000 x sesudah sholat hajad 2 roka’at tengah malam

Dan di bc 41x sesudah sholat lima waktu dan sedekah semampunya setiap hari abis subuh

Sumber Dari :-

[HIKMAT & KHASIAT AYAT SERIBU DINAR]

Mugi Mugi manfaat dan berkah dan bisa mengamalkan nya dengan Ihklas dan Istiqomah aamiin ya mujibassailiin

Barokalloh

كن صل على محمد

استاذ محمد رفا عى

Salam Ukhwah Islamiyyah

Ustadz Muhammad Rivai juga menyediakan media syareat yang sudah jadi untuk berbagai keperluan seperti bibit uang asma’siji suro, beragam jenis batu akik dengan multi khasiat, tasbih laduni sunan kalijaga, gelang, tongkat, cameti ali, minyak karomah, buka aura, & kontak jodoh,  (jarak jauh/dekat insya Alloh hasilnya sama ), kitab kitab keilmuan dan lainnya. Bagi yang berminat bisa berkunjung langsung ke Majelis Dzikir dan Sholawat dengan alamat Dusun Banjar Anyar RT.13/02, Desa Banjar Anyar,Kec Taman Kab Sidoarjo Jawa Timur atau melalui kontak Telp/WA:  0858-5645-8801

Komentar